Aku tidak tahu apa yang aku mahukan daripada kau. Balasan perasaan? Persahabatan? Atau hanya teman bermain kata-kata? Aku penat. Penat memberi harapan palsu kepada diri sendiri. Penat melayan soalan-soalan bodoh di dalam fikiran aku. Bikin celaru sahaja.
Tolong jangan mainkan perasaan ini, diri. Aku sudah cukup bergelut dengan masalah-masalah lain. Aku juga tidak mahu memberi harapan palsu kepada sesiapa.
Berceloteh tentang ini juga bodoh dan tidak menemukan jalan penyelesaian.
No comments:
Post a Comment