Monday, 3 June 2013

#1

Aku duduk dalam bilik,
kipas berputar, mengeringkan keringat yang sekali-sekala berputik di dahi.
Sepi yang nyaman, cengkerik bernyanyi dan aku ditemani bisikan hati.

Semakin banyak persoalan yang timbul, soalan-soalan yang seperti bola-bola berisi angin di kolam air.
Aku tidak boleh memaksa ia tenggelam ke dasar. Sebaliknya aku yang tenggelam dalam jawapan.
Harapnya aku dapat jumpa jawapan yang mungkin sebenarnya bukan jawapan, sebelum aku hilang ditelan gelap masa.

Doakan aku supaya sentiasa jumpa jawapan yang terbaik, kerana aku tahu yang betul itu tidak selalu baik.

No comments:

Post a Comment