Sejak kebelakangan ini aku rasa aku terlalu kerap mengeluh. Apa yang aku keluhkan?
Tiada sebab untuk aku mengeluh atas perkara-perkara yang kecil. Ada juga rasa seperti manja.
Aku harus belajar untuk menerima dugaan, aku harus belajar untuk sengsara. Gembira itu bukankah boleh datang kemudian?
"Berakit-rakit ke hulu,
Berenang-renang ke tepian,
Bersakit-sakit dahulu,
Bersenang-senang kemudian."
Jadi, apa jua yang mendatang selepas ini akan aku terima tidak kira bersedia atau tidak. Iya, bunyi agak klise.
Aku bergantung kepada jantung yang berdegup, lapisan iman yang melindungi jiwa dan tangan-tangan kalam yang menolak aku dari belakang untuk terus maju ke hadapan.
"Kaizen", seperti kata Ken Watanabe.
Masa juga telah tiba untuk aku berhenti mengeluh, dan mula berpeluh. Jika belum tampak jelas perubahan aku, jangan risau, timbulkan sedikit rasa percaya kepada aku.
No comments:
Post a Comment