Monday, 29 July 2013

#17

Sometimes I just feel like everyone is judging me and be like

Friday, 26 July 2013

#16


(repost from Jux)



"Adakah aku cukup melayu untuk panggil diri aku sebagai melayu?"
"Adakah aku cukup Islam untuk panggil diri aku seorang muslim?"
"Adakah aku cukup manusia untuk membezakan perangai binatang?"
"Adakah aku cukup bagus untuk mencaci orang?"
"Adakah aku layak untuk apa yang aku ada sekarang?"
"Adakah aku hanya salah seorang daripada semua orang?"
"Adakah aku terlalu jahil untuk mengetahui Tuhan?"
"Adakah aku sudah jauh terbabas di persimpangan?"
"Adakah aku terlalu membosankan?"
"Adakah aku terlalu senang dibenci?"
"Adakah aku akan mati meninggalkan senyuman?"
"Adakah aku semakin lalai?"
"Adakah aku akan capai impian aku?"
"Adakah aku akan sempat untuk membuktikan kejayaan kepada orang tuaku?"
"Adakah aku seorang kawan yang baik?"
"Adakah aku seorang adik yang baik?"
"Adakah aku seorang anak yang taat?"

Adakah aku masih aku?
Masih mencari.

#15

(repost from Jux)

Sebagai manusia, secara alaminya kita semua suka menilai. Kita tidak boleh berhenti mengamalkan tabiat ini. Kita akan condemn segala apa yang kelihatan tidak betul pada mata kita.

But, kita boleh kurangkan perkara ni. Cuba stop bila mulut kita rasa nak kutuk sesuatu atau berkata buruk tentang sesuatu. Walaupun memang (contoh) seseorang itu berkelakuan buruk, tetapi tiada beza antara kita dengan seseorang itu jika kita bercakap buruk lagi menyebarkan pula pandangan negatif itu kepada orang lain, bukankah kita dah tetiba tergolong dalam golongan orang yang mengumpat? It's better to keep it to yourselves. It's not going to do anyone any good just to talk about it.

Benda macam ni senang diambil ringan, sebab semua tak ada masa nak care.

Simple principles, tapi ramai manusia failed untuk ikut. Mari membaiki diri.


"See no evil, Hear no evil, Speak no evil, Do no evil."

#14: Salah yang Betul dan Betul yang Salah.

(grabbed from my Jux. I like to grab. Eh?)

Salah, semua salah. Salah. Salah. Salah!

Siapa pelakunya?

Bukan aku, dia! Pasti dia yang buat!


Senang sahaja nak menuding. Kebanyakan kita serkap jarang. Lega bila dapat sandarkan sesuatu beban ke atas orang lain. Bukan aku nak cakap yang semua kena blame diri sendiri, tetapi bukan semua salah orang lain. Nilai satu keadaan sebelum bertindak. Aku sendiri pun selalunya hancur dalam mengawal diri untuk menuding jari ke arah orang lain. Banyak ruang perspektif yang kita perlu cuba lihat dari sebelum konklusikan sebuah pendapat. Dalam hal ni, musuh kita ialah perasaan.

Susah untuk fokus dan telitikan sesuatu semasa perasaan sedang membuak-buak mengawal organ-organ yang tidak sepatutnya dikawal oleh perasaan, dalam konteks ni, mulut. Pernah tak termarah/tercakap/termaki/terpukul/tersemuabendayangburuk seseorang hanya untuk ketahui yang kita buat keputusan yang salah(mengetahui keadaan/realiti sebenar sesuatu perkara). Even kalau kau ter-misinformation kawan kau pasal sesuatu lepas tu balik dan sedar yang kau sebar maklumat salah, rasa malu akan memanaskan telinga kau dan waktu tu kau akan rasa bagai mahu tarik balik semua ayat-ayat yang kau lepaskan. Faktap?

Ada ayat entah dari langit mana turun pun aku tak ingat, lebih kurang berbunyi,"tuding satu jari ke seseorang akan menuding 4 jari kembali kepada kau".

Kawalan perasaan ni adalah sebuah kemahiran yang bukan secara jentik tahi hidung boleh kuasai dalam masa sehari sesetengah orang hinggakan pergi menjalani terapi untuk mengawal (selalunya) perasaan marah. Jadi, try to be two-minded about things, don't rush into conclusions.

Kalau kau masih tak boleh mengawal, cari jalan penyelesaian yang tidak menyakitkan hati dua-dua pihak. Atau silent treatment. Aku ketengahkan perasaan marah dalam ni sebab itu salah satu faktor menuding jari. Selamat menjadi seseorang yang lebih baik.

Monday, 22 July 2013

#13

You bring out the sunshine,
But oh, you forgot to chase away the rain.
And now, it's getting darker.
Cold again.

Saturday, 20 July 2013

Tidak terbalas.

Salahkan bintang yang tidak pernah muncul pada waktu siang,
Salahkan bulan yang tidak pernah pantul rindu dan sayang,
Salahkan hati yang menyebabkan kau hilang,
Salahkan semua kerana cinta yang tidak pernah kubilang.

Saturday, 13 July 2013

Wednesday, 10 July 2013

#11

Kelakar, tapi bodoh.
Mahukan sesuatu, dan apabila sudah dapat dan yang didapat itu tidak kena dengan citarasa, dilepaskan saja.
Selepas itu, merungut kerana tidak dapat apa yang dimahukan walaupun sudah diberi peluang untuk mendapat yang kedua terbaik.
Lebih bodoh daripada tarian tangan gwiyomi.

Diri aku.

Selain itu, seringkah rasa takut datang menghantu apabila mahu melakukan sesuatu? Ketakutan yang menyuntik sangsi ke dalam minda, lalu kita terlupa untuk melakukan perkara-perkara yang sepatutnya kita lakukan. Itu juga bodoh. Semuanya.

Mahu sahaja aku berontak, tapi tiada sebab untuk berontak. Mahu sahaja aku mengalah, tapi jalan terlalu jauh untuk pulang. Mahu sahaja mati, tapi hidupku belum bertemu ajal lagi.

Aku tidak mengerti mana yang sebetul-betulnya yang harus aku lakukan.

Persetan.

Maaf kerana aku begini.
Aku masih belajar untuk berdiri.

Tuesday, 9 July 2013

#10

Malam bingitkan sepi
Rindu koyakkan hati
Cengkerik berbunyi
Aku masih di sini
Aku menanti
Menanti si pungguk untuk kembali
Yang menghilangkan diri
Mencari bulan yang dicuri
Ke hutan aku masuk
Meneroka ke dalam gelap
Menanti hari esok
Akan sinar sunia membawa malap.

Monday, 8 July 2013

#9

Salam.
Hi there, no one.

It's been some time since I last posted anything. Well my suka hati lah nak post or not.
My first weeks of being in residential college in the university, taught me some basic surviving skills. Thank God now I'm a better person(still working hard!) than I am back then.

I still miss everything back in Selayang, just that my ego is that hard enough to not let me so homesick.
I miss driving and blasting my song playlist that no one will ever enjoy except myself, pijak-ing Kiiva(read: Kiba), hanging out with the dudes and shits like that.

Things are different now, as much as I want to keep them as they are, or were. Being on my own, I learnt to appreciate people more, and giving less fuck to problems and focuses more on solving them.
I'm still struggling hard to get out of the social-awkward hole. I'm enjoying this, being in a new environment, challenges me to either stay true to myself or end up a garbage.

Doa that I'll always be at my best, I pray for your best too.

May peace be upon you.