Kelakar, tapi bodoh.
Mahukan sesuatu, dan apabila sudah dapat dan yang didapat itu tidak kena dengan citarasa, dilepaskan saja.
Selepas itu, merungut kerana tidak dapat apa yang dimahukan walaupun sudah diberi peluang untuk mendapat yang kedua terbaik.
Lebih bodoh daripada tarian tangan gwiyomi.
Diri aku.
Selain itu, seringkah rasa takut datang menghantu apabila mahu melakukan sesuatu? Ketakutan yang menyuntik sangsi ke dalam minda, lalu kita terlupa untuk melakukan perkara-perkara yang sepatutnya kita lakukan. Itu juga bodoh. Semuanya.
Mahu sahaja aku berontak, tapi tiada sebab untuk berontak. Mahu sahaja aku mengalah, tapi jalan terlalu jauh untuk pulang. Mahu sahaja mati, tapi hidupku belum bertemu ajal lagi.
Aku tidak mengerti mana yang sebetul-betulnya yang harus aku lakukan.
Persetan.
Maaf kerana aku begini.
Aku masih belajar untuk berdiri.
No comments:
Post a Comment