(grabbed from my Jux. I like to grab. Eh?)
Salah, semua salah. Salah. Salah. Salah!
Siapa pelakunya?
Bukan aku, dia! Pasti dia yang buat!
Senang
sahaja nak menuding. Kebanyakan kita serkap jarang. Lega bila dapat
sandarkan sesuatu beban ke atas orang lain. Bukan aku nak cakap yang
semua kena blame diri sendiri, tetapi bukan semua salah orang
lain. Nilai satu keadaan sebelum bertindak. Aku sendiri pun selalunya
hancur dalam mengawal diri untuk menuding jari ke arah orang lain.
Banyak ruang perspektif yang kita perlu cuba lihat dari sebelum
konklusikan sebuah pendapat. Dalam hal ni, musuh kita ialah perasaan.
Susah
untuk fokus dan telitikan sesuatu semasa perasaan sedang membuak-buak
mengawal organ-organ yang tidak sepatutnya dikawal oleh perasaan, dalam
konteks ni, mulut. Pernah tak
termarah/tercakap/termaki/terpukul/tersemuabendayangburuk seseorang
hanya untuk ketahui yang kita buat keputusan yang salah(mengetahui
keadaan/realiti sebenar sesuatu perkara). Even kalau kau ter-misinformation
kawan kau pasal sesuatu lepas tu balik dan sedar yang kau sebar
maklumat salah, rasa malu akan memanaskan telinga kau dan waktu tu kau
akan rasa bagai mahu tarik balik semua ayat-ayat yang kau lepaskan.
Faktap?
Ada ayat entah dari langit mana turun pun aku tak ingat, lebih
kurang berbunyi,"tuding satu jari ke seseorang akan menuding 4 jari
kembali kepada kau".
Kawalan perasaan ni adalah sebuah kemahiran
yang bukan secara jentik tahi hidung boleh kuasai dalam masa sehari
sesetengah orang hinggakan pergi menjalani terapi untuk mengawal
(selalunya) perasaan marah. Jadi, try to be two-minded about things, don't rush into conclusions.
Kalau kau masih tak boleh mengawal, cari jalan penyelesaian yang tidak menyakitkan hati dua-dua pihak. Atau silent treatment. Aku ketengahkan perasaan marah dalam ni sebab itu salah satu faktor menuding jari. Selamat menjadi seseorang yang lebih baik.
(Y)
ReplyDelete