Tuesday, 25 March 2014

J3

"Aku taknak lari dari semua ini, tapi aku diguni bila aku berdiri. Ikat. Campak tepi. Lantang suara aku cuba persoal silap aku. Digolek. Jatuh ke dalam gaung.

Terhempuk kuat di dasar. Keringat-keringat pun kering pada badan. Masih gelap. Sepi lagi yang aku benci.

Sampai sekarang, dalam kepala."

A letter he read, slipped under the table in the living room.

Friday, 21 March 2014

#42

Larut dalam keduniaan. Kau menjunam diri ke laut hidup. Kau terkapai-kapai, cuba mengikut ombak, elak ditelan. Berenang mencari pantai, sebelum tenggelam kerana kejang. Terik, masin, silau, lalu kau pitam. Terdampar di sebuah pantai, kau terjaga.

"Dimana?"

Kau bertanya.

Pulau kerdil. Hanya kau seorang. Setiap mereka pun terdampar di pulau-pulau kerdil. Semua sendiri. Terpisah entah berapa jauh, tetapi di atas lautan yang sama. Mampukah kau kekal untuk hidup?

Sungguh, kita semua masing-masing sendiri, sepi. Harap cuma kau tidak menjadi zombi sebelum mati. Bertahan, masih jauh perjalanan. Jangan, kau berhenti sebelum kau tiba di penghujungnya.

Capisce'?

Tuesday, 11 March 2014