Friday, 21 March 2014

#42

Larut dalam keduniaan. Kau menjunam diri ke laut hidup. Kau terkapai-kapai, cuba mengikut ombak, elak ditelan. Berenang mencari pantai, sebelum tenggelam kerana kejang. Terik, masin, silau, lalu kau pitam. Terdampar di sebuah pantai, kau terjaga.

"Dimana?"

Kau bertanya.

Pulau kerdil. Hanya kau seorang. Setiap mereka pun terdampar di pulau-pulau kerdil. Semua sendiri. Terpisah entah berapa jauh, tetapi di atas lautan yang sama. Mampukah kau kekal untuk hidup?

Sungguh, kita semua masing-masing sendiri, sepi. Harap cuma kau tidak menjadi zombi sebelum mati. Bertahan, masih jauh perjalanan. Jangan, kau berhenti sebelum kau tiba di penghujungnya.

Capisce'?

No comments:

Post a Comment