"Siapakah dia yang berada di dalam hatimu itu?"
Ambil pisau ini, belah dada aku.
Di dalamnya ada sebuah cermin kecil. Kau akan lihat wajah dia.
"Dia berada di hadapan kamu. Kenapa tidak luahkan sahaja perasaan itu?"
Bukan tempat aku untuk memiliki dia.
Bukan tempat aku di sini.
Bukan tempat aku di mana-mana, di hati sesiapa.
Masih belum lagi.
Jadi aku lupakan dia, dengan alasan demi-Nya.
No comments:
Post a Comment