Saturday, 24 August 2013

#22

Tekstura penghidupan seharusnya abstrak, baru udara yang kau hirup akan rasa berbeza setiap hari. Dalam dunia yang abstrak, geometrinya tidak akan membatasi minda kau. Abstrak itu tidak wujud pada zahir, tetapi dalam diri kau sendiri.

"Apakah yang kau cuba maksudkan? Abstrak? Tekstura penghidupan?"

Selembar kain, ada pangkal awal dan hujungnya. Di tangan kau ada sebatang berus warna, dan sebuah set warna air(atau catan minyak, pastel dll.). Kau lakarkan ke atas kain itu corak-corak yang menggambarkan kehidupan itu. Pasti kau mahu membuat corak, bukan? Jarang pula jika kau mahu meng-'fill'-kan satu jenis warna sahaja. Jadi, kau pilih corak sepertimana yang kau mahu, Batik, Nordik, apa-apa yang kau terdetik mahu corakkan.

Comot, mesti ada bahagian yang kau tersilap. Cabaran kau untuk melakar itu ialah penghidupan. Kau membuat keputusan, dan setiap keputusan ke arah mana seterusnya kau akan menggerakkan tangan kau punyai kesannya sendiri. Kau adalah seorang seniman, pelukis dalam dunia jiwa kau.

Cebisan ini tiada kesimpulan. Selamat hari Ahad.

No comments:

Post a Comment