Friday, 30 August 2013

#ApaErtiMerdeka?



Aku, disini.
Kau, disana.
Kita,
Apa beza?

Warna kulit, warna rambut, warna mata, nama bangsa, jenis agama, suku kaum apa,
Aku lihat lebih daripada itu,
Kerana darah kita sama merah.

Merah, biru, kuning, putih,
Mewarnai selembar kain segi empat tepat menjadi sebuah bendera,
Lalu kita kibarkan ia,
Jalur Gemilang.

Udara yang kita hirup setiap hari,
Keluar masuk paru-paru,
Setiap nafas bagaikan,
Sesuatu yang baru.

Tanah bumi yang kita pijak ini,
Hanya bagaikan sebuah tompok kecil pada peta dunia,
Tetapi tompok ini menjadi rumah di hati,
Tempat yang aku kenal sebagai Malaysia.

Diam-diam seperti ubi,
Aku ingin menyumbang,
Terang-terang seperti karatnya besi,
Aku berbangga dengan lantang.

Aku anak Malaysia,
Di mana saja aku berada,
Aku anak Malaysia,
Sampai bila-bila.

"MERDEKA!
MERDEKA!
MERDEKA!"

Jadi jangan cuba kau kotori dengan ambisi syaitan kau, jangan cuba untuk menyuntik keji dalam minda saudara kau. Hiduplah dalam kesederhanaan, tolak ansur, hormat menghormati, semoga keharmonian itu kekal. Mari menjadi rakyat yang berguna.
 
Maasalamah, salam sejahtera.


No comments:

Post a Comment